Selaras dengan visi kami untuk menjadi penyedia penyelesaian pilihan untuk tanaman berkualiti dan mampan serta kehidupan yang lebih baik. Kejayaan pemindahan pengetahuan adalah asas untuk kemampanan tersebut. Dengan menggunakan pakej pertanian inovatif terkini dalam industri pertanian kimia dan melalui kejayaan P&P terutamanya dalam industri padi, kami menawar pelbagai usul untuk ditawarkan.
Kami memastikan bahawa pelanggan-pelanggan kami mampu terus meningkatkan hasil dengan menyediakan khidmat rundingan, latihan, nasihat, demonstrasi produk dan ujian lapangan. Kepakaran kami termasuk teknik aplikasi yang tepat, kalibrasi aplikator, pengenalan pengetahuan teknikal di ladang, perosak & penyakit, kawalan vektor, dan banyak lagi.
ACM telah terlibat secara aktif dalam menyediakan perundingan dan latihan kepada:
– Petani
– Pengedar
– Agensi kerajaan
– Organisasi penyelidikan
– Majlis perbandaran
– Pengurus ladang
– Pegawai khidmat lanjutan
– Pekebun kecil
– Pelajar jurusan pertanian
Persidangan Kesihatan Awam 2012
Persidangan Usahawan Padi Perak 2010