Mesin & Peralatan

Agricultural Chemicals > Produk & Perkhidmatan > Mesin & Peralatan > Aksesori

Aksesori

Nozel

Series – 110 JSF

Menghasilkan deposit semburan luar biasa pada tekanan 1.5 – 4 kgf/cm2. Pada tekanan tinggi, nozel ini mengeluarkan titisan kecil untuk penembusan dan liputan yang lebih baik. Pada tekanan yang lebih rendah, “drift” dikurangkan dengan mengurangkan bilangan titisan kecil.

Series – 110 JUF

Pada tekanan yang lebih rendah (15 PSI), masalah “drift” dikurangkan dengan mengeluarkan titisan besar, mengekalkan corak deposit yang sangat baik. Pada tekanan yang lebih tinggi (40 PSI), nozel ini mengeluarkan titisan kecil untuk penembusan dan liputan yang lebih baik. Nozel ini diperbuat daripada Kematal™ yang memberikan aliran semburan yang tersangat seragam.

Series – 80 JEF

Disyorkan untuk aplikasi semburan bercorak berjalur. Dengan 80° sudut semburan, ia menunjukkan corak semburan empat segi and berjalur dengan liputan yang seragam. Nozel ini diperbuat daripada Kematal™ yang memberikan aliran semburan yang tersangat seragam.

Series – JDF

Nozel ini diperbuat daripada Kematal™ , sejenis polimer yang sangat tahan dan stabil. Disyorkan untuk semburan titisan besar untuk mengurangkan “drift” oleh angin. Nozel ini menghasilkan semburan corak kipas yang sempit, bersudut luas dengan liputan semburan yang seragam pada tekanan 15 PSI.

Series – JA – Hollow Cone

Orifis nozel yang sempurna menunjukkan semburan bercorak kon dan aliran semburan yang tersangat seragam. Ia tahan rencatan kimia dari kebanyakan bahan kimia dan memberikan saiz titisan, liputan dan aliran semburan yang stabil.

Series – Air Mix

Nozel yang memberikan saiz titisan yang lebih besar untuk mengurangkan risiko pencemaran pada persekitaran dan operator. Dapat memberikan sudut semburan 110° dalam tekanan 45 PSI serta mengurangkan kesan lecuhan pada tanaman.

Series – JD

Sesuai digunakan untuk tujuan penyemburan racun rumpai pra-cambah dan pasca-cambah. Mempunyai orifis yang dapat mengurangkan ‘drift’ dan mengurangkan pencemaran persekitaran. Dapat menyembur dalam sudut semburan 110° dengan tekanan sebanyak 45 PSI. JLD dapat memberikan corak semburan yang sempurna dari segi liputan dan penembusan. Ia juga dapat mengurangkan risiko penyejatan racun rumpai yang akan membahayakan pengendali mesin.

Adjustable Cone Nozzle

Nozel kon boleh laras – sesuai digunakan untuk tujuan penyemburan racun dan baja foliar dengan janaan titisan kabus halus pada tekanan 45 PSI. Boleh dilaratkan dari penyemburan secara lebar ke penyemburan secara aliran dengan hanya melaraskan hujung nozel. Nozel warna kuning sesuai digunakan untuk penyemburan racun pada keadaan kurang atau tanpa angin. Nozel warna merah memberikan saiz titisan sederhana manakala nozel warna biru memberikan saiz titisan yang besar. Semua nozel boleh dilaraskan.

Ecovalve – Injap Bertekanan Tetape

Injap baru yang sangat sensitif, mengekalkan tekanan yang tetap semasa penyemburan dan memastikan penyemburan bahan kimia yang tepat lagi seragam, tanpa bazir. Operator dapat menjimatkan tenaga dengan hanya mengepam beberapa kali sahaja, disamping menikmati semburan bertekanan tetap dari injap. Keseluruhan tekanan dari spring dikenakan pada nozel untuk mengurangkan “drift” semasa penyemburan dan memastikan operasi yang lebih efficien. Injap tersebut dapat dikeluarkan sepenuhnya untuk tujuan pembersihan dan penyelenggaraan.

Peralatan Perlindungan Diri (PPD)

PPE for Knapsack Sprayer

Boleh guna semula.

Digunakan semasa penyediaan & aplikasi produk-produk perlindungan tanaman dengan pengalas (samada manual atau bermotor).

Terdiri dari seluar jenis PVC ‘legging’, apron, baju, alat perlindung dan pernafasan, sarung tangan, topi ‘Arabian’ dan visor anti kabus.

Terdapat saiz M, L, XL, XXL.

Seluar – bahan kombinasi kapas dan poliester yang kalis air dengan PVC “legging”.

Baju – bahan kombinasi kapas dan poliester yang kalis air.

Apron – Dibuat dari bahan jenis poliester dan resin PVC.

Alat perlindungan pernafasan dengan penapis yang mengandungi arang batu PFF2 VO untuk wap organik, injap keluar, jalur getah dan klip aluminium untuk melaraskan pemakaian.

Sarung tangan ‘Nitrilic’ yang melindungi tangan dari sentuhan bahan kimia.

Topi ‘Arabian’ – bahan kombinasi kapas dan poliester yang kalis air.

Perlindungan muka anti kabus – bahan kombinasi kapas dan poliester, jalur dengan ‘Velcro’, pelekat filem polyester dan ‘polyurethane’ di dahi.

PPE for Tractor Sprayer

Boleh guna semula.

Digunakan semasa penyediaan & aplikasi produk-produk perlindungan tanaman (traktor gandingan dan penyembur “self – propelled”).

Terdiri dari seluar jenis PVC ‘legging’, baju, alat perlindung dan pernafasan, sarung tangan, topi ‘Arabian’ dan perlindungan muka anti kabus.

Terdapat saiz M, L, XL, XXL.

Seluar – bahan kombinasi kapas dan poliester yang kalis air dengan PVC “legging”.

Baju – bahan kombinasi kapas dan poliester yang kalis air.

Alat perlindungan pernafasan dengan penapis yang mengandungi arang batu PFF2 VO untuk wap organik, injap keluar, jalur getah dan klip aluminium untuk melaraskan pemakaian.

Sarung tangan ‘Nitrilic’ yang melindungi tangan dari sentuhan bahan kimia.

Topi ‘Arabian’ – bahan kombinasi kapas dan poliester yang kalis air.

Perlindungan muka anti kabus – bahan kombinasi kapas dan poliester, jalur dengan ‘Velcro’, pelekat filem polyester dan ‘polyurethane’ di dahi.

Nozel

Nozel Bulat 25 (Nozel Tanpa “Drift”)

Ciri khas nozzle ini ialah keupayaannya untuk menyembur jumlah bahan kimia yang kecil (25 liter dalam 1000 meter persegi). Bahan kimia yang disembur kelihtan putih apabila terkena kepada sasaran. Operator dapat memastikan liputan semburan yang lengkap dengan hanya memeriksa samada warna putih meliputi sasaran.

Nozel Kepala Tunggal

Menghasilkan titisan kabus yang sangat lembut dan halus. Sesuai untuk kegunaan pada kebun bunga dan kebun sayur-sayuran.

Nozel Kembar

Nozel ini menghasilkan 120° corak kipas pada tekanan rendah. Liputan semburan yang seragam dengan ‘drift’ yang minimum. Ringan dan mudah untuk menyembur.

Zoom Semburan Pistol

Nozel ini memberikan 2 jenis corak semburan, iaitu corak semburan yang sempit (jenis berjalur) dan corak semburan yang lebar (jenis kipas). Pemegang tuil digunakan untuk menukar-alih di antara 2 jenis semburan. Penggunaan 2 corak semburan tersebut dapat memastikan liputan semburan yang menyeluruh.

Cakera Nozel

Cakera nozel yang diperbuat daripada keluli tahan karat memanjangkan riwayat nozel meskipun digunakan dalam keadaan bertekanan tinggi.

Contohnya : NN-D-5S, NN-D-65, NN-D-75, NN-C-35S, N-C-65, NN-B-6S, NN-B-7S, NN-ZV-20.

Nozel

Nozel jenis keluli tahan karat boleh ubah dapat memberikan semburan yang seragam. Ringan dan mudah alih, sesuai untuk tanaman buah, sayuran dan padi.

Nozel Kirinashi

Sudut semburan 60° dengan corak ‘flat-fan’ adalah sesuai digunakan untuk semburan tanaman sayuran berbuah yang mempunyai liputan yang padat. Dapat mengawal ‘drift’ supaya tidak mencemarkan tanaman.

Nozel Kepala Seramik

Nozel ini dapat memberikan sudut semburan 80° dengan corak semburan rata, sesuai digunakan untuk penyemburan buah-buahan dan sayuran. Kepala nozel diperbuat daripada seramik yang tahan lasak dan tahan hakisan. Ia juga memberikan semburan kurang ‘drift’ dan juga seragam.

Nozel Zoom Alpha

Nozel ini memberikan 2 jenis corak semburan, iaitu corak semburan yang sempit (jenis berjalur) dan corak semburan yang lebar (jenis kipas). Memutar tombol di bahagian genggaman, dapat menukaralih di antara 2 jenis semburan. Penggunaan 2 corak semburan tersebut dapat memastikan liputan semburan yang menyeluruh.

Nozel Berkuasa

Disyorkan untuk semburan racun makhluk perosak dan pembersihan daun pokok. Pencapaian liputan yang jauh (mendatar dan menegak) bersesuaian untuk penyemburan di kebun chestnut, pokok-pokok di tepi jalan dan juga di padang golf. Dengan hanya memutar tombol di bahagian genggaman, penukar-alih di antara 2 jenis corak semburan iaitu sempit (berjalur) dan luas (kon) dapat dilakukan.

Boom Semburan Tahan Karat

Nozel ini terdapat dua jenis boom. Satu untuk semburan sasaran jarak dekat and sederhana jauh (5 unit nozel) dan satu lagi untuk semburan sasaran jarak jauh (1 unit nozel pada hujung). Kedua-duanya mempunyai tiub nozel masing-masing. Kesenangan beralih antara 2 jenis pilihan semburan menbolehkan kerja penyemburan yang lebih cekap.

Boom Semburan Calpoler

Penyembur boom serba boleh yang diperbuat daripada aluminium, dapat digunakan untuk semburan sasaran dekat dan jauh, dapat dikembangkan untuk kucupan ke atas. Ia sangat sesuai digunakan di kebun yang semburan penyembur biasa akan disekat oleh cabangan pokok seperti di kebun oren.