Produk-produk Penjagaan Tanaman dan Sains Persekitaran

Agricultural Chemicals > Produk & Perkhidmatan > Produk-produk Penjagaan Tanaman dan Sains Persekitaran > Penggalak Pertumbuhan Tanaman – BIOVIT®

Penggalak Pertumbuhan Tanaman

INI IKLAN RACUN MAKHLUK PEROSAK

Nama Dagangan:
BIOVIT®

Bahan Aktif:
Sulphur 3.5% (w/w) (Derivatif hidrogen sulfat dan magnesium sulfat)

Formulasi:
Cecair

Saiz Bungkusan:
250 ml (Saiz lain disediakan berdasarkan permintaan)t)

Penerangan:
BIOVIT® adalah sejenis bahan penggalak tumbesaran tanaman yang menggalak percambahan biji benih padi dengan membekalkan oksigen terlarut yang diperlukan untuk proses percambahan.

Ciri-ciri:
– Sesuai untuk semua jenis sawah (kering, lembap & air bertakung) dan cuaca.

– Menggalakkan percambahan biji benih padi dalam keadaan air bertakung.

– Menggalakkan pertumbuhan akar yang sihat serta mengurangkan kejadian rebah.

– Cara tabur terus dalam air bertakung menggunakan benih padi yang direndam dengan BIOVIT® berkesan untuk menghalang percambahan benih padi angin dan rumpai.

– Mengelakkan serangan benih/anak benih padi oleh tikus dan burung kerana benih ditaburkan dalam air bertakung.

– Penggunaan air yang lebih cekap dan mengurangkan hakisan tanah kerana air tidak perlu disalirkan keluar.

Aturan Penggunaan

Berat Benih
Isi Padu Air
Kadar BIOVIT®
20 kg 25 liter 35 ml

Cara Penggunaan:

Rendam biji benih padi di dalam larutan bancuhan selama 24 jam.

Keluarkan dan peram di dalam guni selama 10-12 jam.

Biji benih padi yang telah diperam adalah sedia untuk ditabur ke dalam sawah

Perhatian: Gunakan bekas plastik untuk merendam biji benih padi.