Bersandarkan kepada lebih 4 dekad kepakaran dalam bidang pengeluaran dan pemasaran
ACM mampu merumus dan mengedarkan rangkaian produk komprehensif sebagai mana yang diperlukan dalam pengeluaran makanan dan kesihatan alam sekitar, untuk pasaran domestik dan luar negara.
Untuk memudahkan pengecaman dan pengawasan produk yang baik, kami mempunyai KOD WARNA bagi kumpulan produk individu seperti berikut:
Racun Serangga
Racun Rumpai
Racun Kulat
Racun Hamama
Racun Tikus
Racun Siput
Produk Sains Persekitaran
Nutrisi Tanaman
Penggalak Pertumbuhan Tanaman
Benih & Anah Benih
Pelbagai
ACM adalah pengedar utama di Malaysia dan Asia Tenggara untuk mekanisasi ladang berjenama yang terkenal di seluruh dunia, berkualiti dan menjimatkan kos, seperti ‘Maruyama’ dari Jepun dan ‘JACTO’ dari Brazil
Selain daripada menjual penyembur berkuasa dan aplikator baja, ACM juga mula merekabentuk dan membangunkan peralatan ladang jenama sendiri untuk memenuhi keperluan tanaman tempatan dan amalan penanaman. Kami berbangga dengan mesin penyembur berkuasa ‘STROBIPIPE’ yang dipatenkan, iaitu sejenis penabur berbutir yang tepat. ‘STROBIPIPE’ telah menunjukkan kemajuan di kawasan sawah padi dan kenaf dengan menyumbang ke arah peningkatan kecekapan dan produktiviti.
Mekanisasi ladang ini juga boleh disesuaikan untuk kegunaan di sektor kesihatan alam sekitar. Mesin Kabus Mudahalih dan Penyembur berkuasa ULV boleh digunakan untuk mengganti penggunaan traktor tradisional yang dipasang dengan mesin ULV untuk kawalan vektor. Kemudahalihan dan mobiliti yang lebih besar menggalakkan liputan yang lebih baik dan kawalan perosak di estet, tapak pembinaan, silo bijian dan gudang.