Kilang Pengeluaran

Agricultural Chemicals > Kilang Pengeluaran

Kilang Pengeluaran

Terletak di kawasan seluas 10 ekar, kilang pengeluaran ACM menawarkan salah satu daripada set kemudahan yang paling lengkap untuk memenuhi pelbagai keperluan anda. Ini telah membolehkan kami memenuhi pasaran domestik dan luar negara. Dengan lebih daripada 40 tahun pengalaman, kami telah memantapkan kedudukan kami sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai oleh syarikat-syarikat multi-nasional sebagai perumus tol pilihan mereka.

Pengilangan dan kemudahan makmal

Kemudahan pengilangan kami berupaya menghasilkan formulasi seperti yang berikut:

– Berasaskan air
– Berasaskan pelarut organik
– Butiran
– Serbuk
– Debu
– Tablet
– Umpan

Kemudahan makmal kami turut menjalankan kajian formula, kawalan kualiti, pemeriksaan bahan mentah, analisis kimia serta ujian mikro-biologi untuk menyaring pencemaran mikroorganisma di dalam persekitaran pengeluaran.

Dengan keluasan 3,650 kaki persegi, makmal kami dibahagikan ke petak-petak individu bagi mengurangkan pendedahan berlebihan terhadap bahan kimia berbahaya. Penyimpanan dan pengendalian bahan kimia adalah terhad kepada kawasan tertentu sahaja. Ruang yang luas disediakan untuk memenuhi pelan perkembangan masa depan.

Makmal kami juga dilengkapi dengan kemudahan lanjutan instrument analisis seperti “Kromatografi Gas” (GC), Kromatografi Cecair Prestasi Tinggi (HPLC), dan UV / Vis Spektrofotometer yang dikendalikan oleh kakitangan makmal yang berpengalaman dan terlatih.

Di ACM, kami komited terhadap piawaian kecemerlangan yang tinggi untuk kawalan kualiti melalui penggunaan kaedah ujian yang diwujudkan dan pematuhan kepada spesifikasi yang ketat.

Kualiti adalah kunci utama kejayaan

Di ACM, kami tidak berkompromi dengan kualiti. Kami mengguna pakai amalan pengurusan terbaik untuk menanda aras syarikat kami dengan piawaian ISO 9001:2008. Kualiti produk kami dipertingkatkan lagi dengan ciri-ciri keselamatan, seperti siling induksi dan pelekat keselamatan QR 2-D sebagai pengesahan ketulenan produk. Audit yang berterusan terhadap produk kami dari pasaran juga turut diadakan secara tetap.

Kawalan kualiti yang ketat dan langkah-langkah kawalan membolehkan kami mendapat keyakinan daripada pelanggan-pelanggan kami di mana ianya menjadi kelebihan daya saing ACM di pasaran.