ACM mengurangkan kesan alam sekitar dari aktiviti-aktiviti yang dijalankan dengan pemasangan kemudahan kawalan pencemaran.
Sistem Kawalan Pencemaran Udara (Penapis Beg & Penggahar)
Sistem kawalan pencemaran udara atau dikenali sebagai pengalihudaraan ekzos setempat telah dipasang di semua loji formulasi untuk mengawal pencemaran udara dan mengurangkan pendedahan pekerja terhadap pencemaran udara di tempat kerja dengan menyedut bahan cemar udara dan disalurkan ke tempat pelepasan yang selamat seperti di dalam sistem penapis beg atau penggahar. Pemantaun berkala juga dilaksanakan dengan berkesan oleh orang yang berwibawa.
Sistem Rawatan Efluen Industri
Sistem Rawatan Efluen Industri (IETS)
Sistem Penapis Tekan untuk penyahairan enapcemar
Enapcemar kering untuk pelupusan (SW425)
Sejak tahun 1979, ACM telah melaksanakan pengurusan sisa air untuk meminimumkan kesan kepada alam sekitar. Sistem Rawatan Efluen Industri kami adalah proses kimia-fizikal (PCP), yang dikendalikan secara batch mode. Sistem rawatan ini dikendalikan dengan kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan dipantau untuk mematuhi Standard B, Peraturan Efluen Industri 2009.
Pengurusan Buangan Terjadual
Kawasan Penyimpanan Buangan Terjadual
Mesin Penekan Drum Hidraulik
Drum yang telah dileperkan untuk pelupusan
Terletak jauh dari kawasan pembuatan dan aktiviti pekerja, kawasan penyimpanan Buangan Terjadual ACM dibina untuk menguruskan semua Buangan Terjadual yang dihasilkan dari aktiviti pengilangan sebelum menghantarnya untuk rawatan dan pelupusan akhir oleh premis yang ditetapkan (PYDT).